Thursday, 10 November 2016

SEMAK STATUS SENARAI HITAM PTPTN ONLINE

Assalamualaikum Sahabat-sahabat sekalian,

Artikel kali ini Ain hendak kongsikan tentang Semakan Status Senarai Hitam PTPTN , terutamanya kepada sahabat-sahabat yang pernah membuat pinjaman pendidikan PTPTN. Anda sudah semak ke belum status pinjaman PTPTN anda? Jika belum sahabat-sahabat tahu bukan kesan buruk dari Status Senarai Hitam PTPTN? Jika sudah semak dan anda bebas dari senarai hitam bolehlah tersenyum lebar :)

Sahabat yang belum semak status senarai hitam PTPTN, bolehlah klik pada pautan semakan ptptn secara talian ini -->  KLIK SINI. SEMAK STATUS SENARAI HITAM PTPTN



Semakan status senarai hitam ptptn ini sebenarnya telah mempermudahkan kita untuk mengetahui status hutang pinjaman pendidikan. Sekiranya kita tergolong dalam kategori yang akan disenaraihitamkan sebaiknya sahabat perlu segera ke pejabat atau kaunter PTPTN terdekat untuk dapatkan nasihat dan rundingan dari pegawai bertanggungjawab.

Alhamdulillah, Ain telah pun dapatkan nasihat dari pegawai PTPTN dan segala urusan berjalan lancar setakat ini. Perancangan ke luar negara pun tiada masalah lagi :) . Ain turut terkesan sebenarnya bila dengar ada kawan Ain rancang mengembara ke luar negara dihalang di lapangan terbang KLIA. Masa tu sia-sia saja duit tiket kapal terbang beli. Sejak itu, Ain memang ambil perhatian pada pembayaran PTPTN secara konsisten.


Tidak rugi kalau kita bayar pinjaman PTPTN secara konsisten, malah ianya berbaloi dari sudut perancangan hidup jangka panjang. Oleh itu kepada mereka yang telah menamatkan pengajian dan dalam usaha mencari kerja atau telah mendapatkan pekerjaan, jangan lupa atau buat-buat tidak endah pada pinjaman ptptn ya :). Seeloknya perlu membuat tindakan awal sebelum tarikh efektif pembayaran PTPTN berlangsung.

Bak kata orang , Mencegah itu, lebih baik dari merawat. Supaya tak terkesan dikemudian hari. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. ..Amin.


Di bawah, Ain senaraikan beberapa keburukan calon yang disenaraihitamkan oleh PTPTN ;


KEBURUKAN DISENARAI HITAM PTPTN  

- Sukar mendapatkan pinjaman perumahan dan kereta, kerana rekod buruk dalam laporan kredit CCRIS/CTOS. Hajat beli kereta & rumah terbantut. Sedihnya!

- Rekod buruk dalam laporan kredit BNM menggagalkan membuat permohonan pinjaman bank terutamanya pinjaman peribadi. Sedihnya!

- Dihalang keluar dari negara oleh pihak immigresen. Sahabat mungkin tidak mahu dihalang di lapangan terbang oleh pegawai immigresen bukan setelah siap membeli tiket dan segala itinerari melancong yang anda rancangkan bersama insan tersayang tidak jadi kenyataan. Sedihnya! :-(

- Jika hutang melebihi 40 ribu anda bakal diistiharkan muflis!. Sambung belajar Diploma pinjam PTPTN, sambung belajar ijazah pinjam lagi PTPTN, teringin nak sambung MASTER pinjam pulak pinjaman MARA. Kalau dijumlahkan semua mungkin bakal capai hutang 40 ribu! Wahh muda-muda lagi sudah diistihar muflis! Sedihnya! :-(

No comments:

Post a Comment