Tuesday, 1 November 2016

Masak Resepi Udang #Ala-ala #ButterMilk Prawn: Guna Bahan sedia adadirumah

Assalamualaikum! Alhamdulillah dengan jayanya sekali lagi Ain berjaya mengemaskini blog yang kian lama terkubur ini. Sudah lama tak kemaskini blog terus nak tulis tentang resepi #Udang #Ala-ala #ButterMilkPrawn.

Ceritanya macam ni, sambil Ain menaip buat terjemahan, mata pulak menatap televisyen tengok foodnetwork #FavoriteChannelTV. Ain ternampak iklan makanan sedap lagi menjilat jari, menyebabkan dalam kepala berfikir resepi apa lagi yang belum cuba? Secara tiba-tiba Tingggg! Terlintas dalam kepala resepi udang butter prawn ni belum try lg! Pada masa yang sama Tinggg lagi! Eh dalam peti ais ade udang laa! Tingg! Jadi ..memang menu malam ni la gamaknya #nyumm3

Ain tak pandai sangat masak. Tapi Kalau pandai pun mesti sebab tengok resepi sedap-sedap dan menarik kat google hee. Maka ...setelah Google resepi tak sampai 5 saat, entry resepi Nina Mirza ni yang menjadi pilihan Ain. Terus klik baca bahan-bahan dan cara-caranya. Cara nak masak memang sangat senang dan semudah a.b.c lah! Lepas habis baca and catat bahan-bahan yang penting terus berdesup ke dapur masak nasi. #perut dah lapar #baruLigatMasakhew Lepastu pergi petik daun kari kat luar rumah #yeay

Memandangkan resepi yang Ain buat ni namanya #Ala-ala yang bermaksud macam resepi #butterMilk prawn dan bukan sebijik macam resepi #ButterMilk Prawn yang betul. Jadi...menu pun spontan je hari ni tak plan pun, dalam peti ais takda #cheese, takda #butter pun #susu pun takda dalam peti ais #hikk. Maka dengan itu menu ini telah dikemaskini dengan seadanya.



Bahan Yang Ada Kat Rumah Pada Masa Kejadian

- Susu Tepung tak kisah apa jenama pun (2 senduk besar nak bagi rasa lemak berkrim)
- Tepung jagung (1 sudu kecil) 
- Planta (1 senduk setengah)
- Udang setengah besar (Semangkuk. terpulang pada kadar penyediaan :)
- Daun Kari 4 batang
- Bawang Besar (Sebiji)
- Cili api (diketuk)
- Bahan untuk perap udang (Serbuk kari 1 sudu besar, 1 sudu besar tepung gandum, Garam secukup rasa - Perap udang selama 20 min) 




Cara-cara memasak:
- Pertama sekali buat perapan udang (Serbuk kari 1 sudu besar, 1 sudu besar tepung gandum, garam secukup rasa - Gaul sebati & Perap udang selama 20 min)
- Bancuh susu dengan air suam dalam 500ml & bancuh tepung jagung dalam bekas lain supaya tidak berketul. Selepas kedua-dua bancuhan telah sebati dan tidak berketul dan tidak nampak ketulan tepung, boleh campurkan kedua-duanya dan kacau hingga sebati. 
- Potong dadu bawang besar, bawang putih, dan ketuk cili api. Ketepikan.
- Panaskan kuali sederhana, masukkan planta dan cairkan. Masukkan bawang/bawangPutih/CiliApi yang dipotong tadi. Tumis hingga garing dan masukkan daun kari. 

- Tumis sampai naik bau. Nak tambah warna bubuh serbuk kari 1 sudu kecil. dan kacau jangan sampai hangit eh. 
- kalau tumisan kuali sudah garing dan naik bau, boleh masukkan bancuhan susu lemak berkrim tu, kacau sampai mendidih, jangan biarkan kena kacau sebab elak berkerak kat bawah. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Baiklah dah pun siap. Tutup api. 

- Lepas siap buat kuah ala-ala #butterMilk , dah pun siap 20 minit perapan udang. 
- Lepas perap apa lagi kita gorenglah semua udang tu. 
- Lepas siap goreng udang, tuang kuah #butterMilk dalam bekas udang goreng dan gaul sebati. 
- Siap dan hidangkan. 



#takSempatNak#Mendekorasi #DalamPinggan #L.A.P.A.R 


Baiklah selesai sudah menu hari ni Resepi Udang #Ala-ala #ButterMilk Prawn. Ain cakap dengan mak ain tak bubuh keju atau Butter , cume guna Planta dengan susu tepung sahaja. Mak kata sedap dah ni..tak perlu keju pun. #MakPujiKitaMasak #KitaPunKembangDiam2 #heheee.

Baii. Selamat Mencuba. 


1 comment:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete