Sunday, 1 May 2016

PENGALAMAN/PERSEDIAAN MENDUDUKI EXAM IELTS (Prefer belajar sendiri)

Assalamualaikum..kali ni ain nak cerita pengalaman ain ambik exam IELTS (International English Language Testing System). Ain ambil test ni dalam bulan feb 2016 lepas, ain memang ade plan nak sambung pengajian di luar negara, and plan belajar di Australia. Namun, terjadi atau tak nak sambung luar negara Wallahualam. AIn berusaha dan merancang namun Allah yang tentukan semuanya. Mule-mule agak nerves nak ambik exam ni yelah, level english ain memang tak good sgt, so-so je haha. Dah tu nak ambil exam ielts ni pulak belajar sendiri ikut budget kewangan yang ain ade. Bagi mereka yang prefer untuk ambil profesional class mungkin kenakan bayaran tinggi. (pilihan masing-masing) So ain lebih prefer study sendiri, ain percaya ain boleh lulus kalau usaha bersungguh-sungguh. heehe. 

Mule-mule apa yang ain buat nak ambik exam ielts ni ain buat pendaftaran exam dulu..untuk plan tarikh exam yang sesuai, supaya nanti ade la mase untuk buat persediaan ulangkaji. Setelah buat research sikit kat google, ain rase ain decide nak buat exam kat IDP Subang setelah mempertimbangkan segala aspek dari segi lokasi, kos dan perjalanan ulang-alik. Ain buat pendaftaran di IDP secara online. Tapi ain buat bayaran cash, pergi kat tempat tu bayar sendiri. 

Ain buat registration guna idp.com services

Register macam biasa  

Lepas dah setel registration, kena booking tarikh, kalau tak sure lagi tarikh yang uol bersedia nak amik exam tu. Hold la dulu. Macam ain , ain booking tarikh sebulan sebelum tarikh exam. So, ain boleh la buat preparation ulangkaji dan study format ielts exam. Lagi satu ain amik jarak exam tu jauh sebab time tu masa agak pack, takut tak sempat dengan kebizian yang melanda. huhu. tu yang amik preparation sampai sebulan. hoho. Kalau yang rase-rase confident seminggu pun cukup untuk study ielts exam ni pun takde masalah..hehe. terpulang diri masing-masing. 

Payment Confirmation
Bayaran IELTS
RM750.00 (ikut pada harga semasa)

Booking test

tarikh test 25 feb untuk speaking test, 27 feb untuk listening, reading, writing

Biasenya ..untuk listening, reading and writing akan dapat hari yang sama, cuma speaking test yang akan dapat hari yang berlainan. Ok lepas semua registration , booking test dah settle boleh la buat preparation untuk study exam pulak. 

Untuk persediaan ulangkaji ielts ain pergi survey buku ielts exam kat Mph, so far memang ade banyak pilihan buku. cume tak tau yang mane ain akan bace dan akan study sepenuhnye. hehe. Kalau buku tebal sangat confirm tak abis baca. So, ain decide beli buku yang berkonsepkan latihan and past year question. Antara publisher yang terbitkan soalan past year ni ialah Cambridege University Press . Mule-mula memang keliru dan dilemma, kalau ikutkan semua buku publication tu bagus. Nak je beli semua. tapi tak mampu. huhu. So, setelah mengambil segala pertimbangan yang munasabah dengan rasionaliti yang tinggi (ceewah.over). Ain pun pilih buku yang nipis sikit berkonsepkan latihan and past year question tu ..dengan harga ehemm. RM132.30. (Memang redha je lah dengan harganya demi pelaburan masa depan k.) 



Buku yang ain beli kat atas ni, so far memang puas hati lah. Sebab ade latihan-latihan yang diberi semua berasaskan past year question supaya Ain nak biase kan diri dengan paper exam yang sebenar. Lagi satu ..yang menariknya mengenai buku ni walaupun mahal ianya berbalio sebab ade skema jawapan sekali. Especially yang untuk writing la. Siap ade contoh bagaimanakah contoh writing bertaraf band 6 , band 7,band 8. Disamping itu.. buku ni juga ada nyatakan kesilapan-kesilapan kecil yang biasa calon buat yang menyebabkan calon mendapat band yang rendah dalam writing exam. Memandangkan level english writing ain memang ke laut china selatan. So, bentuk-bentuk english writing yang mendapat markah yang rendah ni la yang penting untuk ain buat perbandingan dan untuk dielakkan. Ye lah matlamat exam ni mesti la nak lulus cemerlang dengan jayanya. yeayh!. 







1 comment:

  1. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala impian :)

    In sya Allah saya bakal bergraduasi hujung tahun ni dan berhasrat untuk smbung belajar postgraduate study kat luar dan ingeris saya pun biasa2, risau nak belajar sendiri. huhu. Boleh tak share post test experience.

    Btw, kalau nak jual buku kat atas ni, saya sudi beli hee. Boleh email saya sheramatlawi@gmail.com

    ReplyDelete