Sunday, 24 April 2016

#2016 : Life Struggle, Macamana nak Jimat ??

Tak tahulah korang perasan ke tak soal harga barang sekarang ni macam mahal sangat je. Tak kiralah barang keperluan (beras, minyak, gula, garam etc barang nak masak) atau kehendak (beli jam baru-padahal jam lama elok lagikan? Heee) ada barang yang harga nya naik ada yang so-so je harganya. Harga barang-barang ni pun boleh berubah mengikut lokasi. Sekarang ni bila pergi pasar kompleks beli belah AEON ke, Jusco, Pasaraya Segi, Giant memang berbeza harga-harganya, walaupun ada yang sama tapi terdapat juga harga yang tak jauh beza dengan tempat lain.

Ain terasa sangat dengan semua kenaikan barang ni especially bila ain start duduk dengan family dari dua bulan lepas. So tanggungjawab beli barang-barang dapur ain pun terjebak sekali. Bila beli barang dapur dengan Mak. Boleh ain ckp mcm ni. ‘Mak! Barang yang tu mahal ! ambik yang ni, ambik yang ni murah sikit. Hahaha’ betul-betul macam org paranoid. Hehe. Yela sape la yang nak rugi kan2 :D. Selagi boleh.. dielakkan lah ye kawan-kawan. Tapi ada jugak sesetengah pengguna sebab dah biasa dengan jenama suatu barangan, walaupun harga barang tersebut naik, masih tetap membeli jenama barangan yang sama untuk menjaga kualiti. Macam mak Ain, sebab dia dah biasa beli Minyak Sayuran jenama Naturel, walaupun harga minyak tu naik. Mak Ain tak kisah pun sebab dah selesa dengan kualiti dan hasil masakan daripada jenama minyak sayuran Naturel.

Kalau difikirkan dari segi ekonomi makro, kenaikan harga barangan umum menyumbang kepada keadaan inflasi. INFLASI? Ape kebende inflasi tu AIN, JIRAN sebelah TAnye tuU..ok ain jawab kat bawah ni eh..

Definisi inflasi: “ adalah suatu keadaan ekonomi dimana berlaku kenaikan tingkat harga umum (daripada kebanyakan harga barang dan perkhidmatan) yang berterusan”. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang Cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Inflasi juga menunjukkan kepada penurunan kuasa beli (bile barang dah mahal, orang ramai akan fikir 2-3 kali berbaloi ke tidak beli barang mahal dengan jumlah kuantiti yang kurang dari biasa? Kalau tak berbaloi…kurang la kuasa beli pengguna).

#INFLASI diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengambil kira lebih kurang 430 item barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am.
(sumber:Wikipedia)

 #EH MACAM TENGAH MENGAJAR SUBJEK EKONOMI PLAK J haha.

Fullstop pasal inflasi tu. AIN Nak cerita macam mana nak berdikari dengan kenaikan harga barang ni semua dan berjimat. Berikut adalah antara perkara-perkara yang AIN sendiri perhatikan apa yang AIN buat untuk berjimat. Hehee. Walaupun mungkin ada yang akan rase (mustahil@leceh) tapi itulah realitinya:


Hasilkan sendiri barangan HOMEMADE untuk kegunaan Sendiri (Making things from the Scratch)
-          Bila pergi GIANT nak beli mayones pun mahal gila wehh.. paling-paling mayones botol kecik tu pun harga nak sampai Rm8 sebotol.  So, ape kata hasilkan sendiri korang punye mayones? Wow, lagipun resepi mayones semudah a.b.c (kuning telur, cuka, minyak sayuran, garam) dan yang paling penting bile hasilkan HOMEMADE sendiri lebih healthy. Resepi mayones boleh adjust ikut suka hati korang ada yang sesetengah siap bubuh parsley dengan rosemary lagi..untuk dapatkan aroma herba ‘Mayones Herba’.



-          Walaupun tak semua barang yang boleh kita buat HOMEMADE, atleast kita boleh kurangkan pembelian kan.. beberapa barang yang kita boleh buat sendiri tanpa keluarkan duit untuk beli di pasaraya macam Mayones, Cili blender sendiri, hasilkan Cili Sos sendiri, popcorn dan sebagainya.
-          Tapi, syarat berjimat dengan barang buatan Homemade ni ‘Kena Rajin’ & ‘Punyai Masa’ untuk buat J . Kalau tak rajin dan ade kekangan masa terpakse la beli nampaknya hohoho ^^

CARI MASA UNTUK ‘SURVEY’ HARGA BAGI MERANCANG PEMBELIAN

-          Masa yang sesuai untuk berjimat bila berbelanja semestinya waktu ‘SALE%’ kan J . Tapi selalu ke ‘SALE%’ ni ade? Tak jugak kan. Agak-agak bile belum ade SALE, seeloknya survey harga daripada kebanyakan pasaraya berdekatan Contohnya GIANT, SEGI. Tengok jugak apa jenis barang yang nak dibeli, kadang-kadang barang dapur macam rempah-rempah kari, garam gula etc lebih murah di pasaraya SEGI berbanding barang di GIANT. Tapi selalunya kalau beras pulak ditempat AIN lebih murah di pasaraya GIANT. 


Senaraikan LIST BARANG-BARANG YANG HENDAK DIBELI sebelum bershopping, Kemudian kategorikan mana satu barang KEPERLUAN, mana satu barang KEHENDAK.

-          Kategorikan barang keperluan & kehendak ni mungkin boleh membantu anda berjimat cermat dengan secara berkesan. Sekiranya anda betul-betul mampu membezakan barang keperluan dan kehendak. Kehendak & keperluan zaman sekarang ni pun dah berubah. Dulu kalau tak gune internet pun takde masalah, tapi sekarang internet tu dah jadi macam keperluan bagi memudahkan komunikasi abad zaman sekarang. Secara tak langsung penggunaan telefon android untuk penggunaan aplikasi whatsapp pun dah macam keperluan. Huhuu.. Semakin canggih dunia ni, semakin kompleks kita nak klasifikasikan barang keperluan dan kehendak dalam hidup. Sebab tu lah, zaman sekarang jgn terperanjat berbelanja tak sedar duit tetibe dah habis, and tetibe Short term Memory Loss asking yourself? “Where did my money goo??” ^^ haha Sambil garu kepala. Haihh.




*Okay sampai sini sahaja perkongsian AIN. Terima Kasih. Sedikit banyak Harap Membantu anda menghadapi hari dalam hidup anda. J J

2 comments:

  1. Assalam..
    Tips yang bagus utk dipraktikkan oleh sesiapa sahaja.

    p/s: saya dah lihat blog jobkerjaya. Blog yg baik dgn niche yg jelas. Blog sebegini banyak so, anda terpaksa bersaing utk menonjolkan blog dan berada baik di SERP. Tingkatkan ilmu SEO kerana kelihatan masih lemah.

    Paling penting penetapan SEO On Page. Tak perlu tergesa-gesa, belajar perlahan2 dan terus terbitkan entri. Apa jua matlamat anda...semoga berjaya ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, terima kasih BM beri komen. Terase bersemangat untuk buat yg terbaik. Saye akan ambik point yg BM beri ni sbg ulangkaji dirumah. Thank you :D!

      Delete