Thursday, 3 December 2015

Resepi Berkhasiat 'Biskut Coklat Bijirin Oat' Choc Oat Cereal Cookies

 Assalamualaikum! Hai!

Harini mengidam nak buat biskut la pulak. tapi versi berkhasiat.he.he.he Jadi makanya nak share cara buat dengan resepi yang digunakan. hihi. Jangan tanya kenapa tettibe nak buat biskut eh. ni sume #TuanAnasMikael punya pasal yang suruh Cik Ayu Maisarah tu buat cookies. hihihi. Oklah Cik Ayu buat cookies ape i pun tak tau. So, i buat la cookies berkhasiat untuk my mum. Less sugar, more cereal :) 

Hasil bila i buat cookies tu, so marvelous okeh. Mak balik, sampai umah terus i ckp, mak orang buat coookiesss! cepat rase! Mum cakap sedapnye, angah letak ape? hehehe. i cakap letak oat cereal campuran walnut dengan kismis. ngeh3. Terasa bangga kembang-kempis tak tau nak habaq camne bangganye :3 hehe.

Disebabkan hasilnye cookies yang sedap ini, makanya mestilah nak share ngan uol kann3. :D 

walaupun cookies ni nampak huduhh kejadiannye tapi sedap taw uols. kire okeylah utk yg baru mula belajar buat cookies :3 hehe 

   *canai doh guna tangan jjek. sebab malas nak selongkar cookies cutter dalam stor :) 


Okeh ni resepinye ye. Resepi ni I ubah suai berdasarkan resepi biskut coklat dari wesite carabuatcoklat.com memang terbaik! 

Resepi 'biskut coklat bijirin oat' @ choc oat cereal cookies' berkhasiat 

Saiz hidangan : 1 balang biskut 



Bahan-bahan
: 

- 80 g mentega (suku dari satu buku butter) 


- 80 g gula aising 


- biji telur


- 150 g tepung


- 2 sudu teh serbuk koko


- 1/2 teh serbuk penaik


- 1/2 teh soda bikarbonat 


- 180 g bijirin oatmill ( campur walnut & kismis) 



*i gune bijirin oat yg mcm ni. Ape2 jenis bijirin oat pun boleh :) 

- Segenggam choc chip (tak letak pun takpe) 

- satu titis esen vanilla

- secubit garam
 
(tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak bersama ) 


Cara membuatnya
: 

1. Pukul mentega dengan gula. Masukkan telur sebiji. Putar hingga sebati. Putar pada kelajuan 1. lepastu masa ni boleh la panaskan oven dulu ye (170c) 


2. Masukkan garam dan pukul sehingga sebati.
3. Gaulkan bahan ayak ke dalam adunan sehingga sebati. 


4. Masukkan bahan bijirin oat dan “choc chip' dan putar hingga sebati. Masih putar pada kelajuan satu.



5. Bila adunan doh biskut dah sebati , keluarkan dari mangkuk . Kalau adunan terlalu lembik, tambah sikit tepung. Canaikan doh ikut bentuk bentuk yang disukai. 

6. Bakar dalam oven pada suhu 170ºC selama 20-25 minit. Kalau nak llagi garing , tambah masa lagi 5 min. Biskut berbau harum :) satu rumah . Jangan pelik taw bila keluarkan dari oven, cookies awk jadi lembik. itu perkara normal , sebab cookies masih panas. Bila cookies awak dah sejuk, automatik cookies uol  akan jadi rangup. 

Dah siapp dah, hidang dalam piring untuk makan petang atau breakfast. Kudapan buat makan kat oofis pun best jugak. hihi. 


Sedapp & Rangup taw. Gula boleh ejas lagi. Kalau ikut resepi ni, cookies ni memang tak manis, sesedap rasa je. Kalau tak nak letak choc chip pun ok. ^__^ Selamat Mencuba ya! 


No comments:

Post a Comment