Thursday, 3 September 2015

Realiti Kajian Soal Selidik Secara Online

Dalam melakukan sesuatu kajian penyelidikan, data penyelidikan yang digunakan mungkin pelbagai. Ianya bergantung pada tajuk atau topik kajian yang dipilih, topik kajian yang dilakukan menunjukkan kemungkinan data jenis apa yang akan kita gunakan untuk mendapatkan keputusan dari data yang telah dikutip. Pelbagai hasil keputusan kajian boleh didapati melalui perolehan data yang pelbagai atau fix kepada satu jenis bentuk data. Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk data yang umum. Pertama, Primary data. Kedua, Secondary data. Secondary data, ataupun data sekunder adalah data yang diambil atau disediakan oleh sesuatu pihak, agensi, institusi berkenaan sesuatu isu penting yang berkaitan. Contohnya, data celik huruf Malaysia dari tahun 1980 hingga 2012. Atau Senarai data jumlah perbelanjaan pembangunan Malaysia dari tahun 1970 hingga 2010. Semua data ini boleh diperolehi daripada agensi atau institusi yang berkaitan.

Manakala bagi data primari, ianya adalah data mentah yang asal, yang mana ianya dikutip oleh pemilik data sendiri. Pengumpulan data primari adalah kaedah mendapatkan data yang memakan masa yang banyak untuk mendapatkan hasil keputusan sesuatu kajian. Data primari , salah satu kaedah pengumpulan data primari, kebiasaannya, melalui kaedah lapangan, temuramah, atau secara borang kajian kaji selidik yang biasanya akan diedarkan kepada sasaran responden yang dikehendaki. 

Terima kasih atas kecanggihan ilmu dan teknologi yang semakin mencabar, kaedah kaji selidik boleh diperluaskan dalam bentuk online survey. Namun terdapat realiti yang pengguna perlu sedar dalam penggunaa kaji selidik survey secara online ini. Realiti yang dimaksudkan bagi penulis meliputi aspek kehidupan, personal, jiwa serta permasalahn yang mungkin dialami penulis dalam mendapatkan data. Realiti yang dialami penulis adalah seperti yang dibawah. Mungkin ada pembaca nak tambah realiti yang dialami berdasarkan pengalaman sendiri. 

1- Kebanyakan orang takkan ada masa nak jawab kajian soal selidik. Walaupun soal selidik itu mudah. Mungkin ada responden yang kita dah approach akan cakap macam ni. "Kalau saya ada masa nanti saya isi".

2- Hanya mereka yang concern dengan sesuatu issue yang related survey topic aje.. yang mana kebarangkalian untuk mereka menjawab survey yang anda buat dia akan jawab survey tersebut.

Kalau bernasib baik, mungkin sebab kesian,hhaaha.

3- Bila buat survey secara online ni, target terlalu besar, sukar nak kecilkan. Bila dah kecilkan target, anda akan hdapi masalah no.1 dan 2.

4- Kebanyakan orang takde masa nak layan jawab online survey ni. Sebab?? Takde kena mengena dengan hidup diorang.hohooo. sama macam no.2

5-Bila buat soal selidik secara online, kebarangkalian bila post ke fb, twitter, dll medium, takde sape nak like, cmment, tolong share ke ape . tu tandanya .hang tak penting, tak famous. Memang tak. So, semuanya kena usaha sendiri. Lain la kalau anda ni ada link besar, link popular, mcm dato' ct, dato' ahmad maslan, or whatsoever yang gah belaka. Haa. itu senang. Kalau korang yang jenis macam aku saya nie, takde sape kenal, kenalan pun tak banyak. Bergaul pun bila perlu, then barulah nak melebarkan connection and communication bagai, memang terkontang-kanting laa nak cari respondent. Itu perkara yang korang kena accept. No body cares for you. Only u can help urself!!.

6- Realiti yang ke-6, korang mungkin akan putus asa. Boleh putus asa, tapi jangan lama sangat. bihii

Korang mungkin putus asa, sebab pada awal-awalnya korang memang bersemangat nak dapatkan pada masa yang sama hope dapat data dengan lebih banyak. Namun, lama-kelamaan tahap semangat tu menurun bila u realize nobody cares about ur survey. Hari demi hari sampai takde pun pertambahan bilangan respondent dalam data korang...

7- Realiti ke-7 (update 3Nov 9:13pm) korang akan sedar bahawasanya, korg macam dah taubat taknak tak nak buat primari data lagi.huhuu. azab sesangat. better secondary data sebab the easiest way nak collect data berbanding primari data yang mungkin mamakan masa berbulan-bulan. Tetapi.. secondary data could be hard also. depends on the subject matter area. Bila difikirkan balik, boleh je kita nak dapatkan primari data tu, cuma kena rajin, sabar..dan terus sabar :) Hmm. mampu ke people like me nak sabar. Ala siapa tau.. rezeki Allah tu kan luas. InsyAllah. 

to be continued.. 

No comments:

Post a Comment