Sunday, 2 August 2015

Internet Bergerak, Mobile WIfi


Zaman sekarang keperluan internet memang tak dinafikan dah, lagi-lagi improvement tekonologi sekarang dengan wujudnya pelbagai gadget merancakkan lagi business persaingan dalam keperluan internet. Brand internet yang memang kita sedia tau macam Maxis, Celcom, Digi paling famous kan? So , sekarang dah ada persaingan internet lain macam Umobile, Altel, apa lagi eh..hmm korang sendiri tau kan. Kebanyakan semua internet plan ni saya sendiri dah cuba. Ala try ambik plan yang murah-murah je macam 1GB rm28 atau 1.5GB rm30. Sekadar mencuba. Lepas dah cuba. Ok la jugak kelajuan dia. Bergantung kepada coverage tempat tu lah , kalau ada yang 3G ke Hedge ke ok lagi boleh dapat internet. Tapi  kalau coverage 'Edge'. Alamat memang tak dapat langsung. Balik kampung langsung tak tau ape news semasa.  

Lepas dah cuba semua internet brand-brand lain, ada kawan cakap pakai la Umobile. Memang boleh jimat kalau sekadar nak whatsAp, fB, or twitter. So, saya pun try. Mula-mula try pakai yang paling murah la Uoll. Unlimited Mobile Internet (UMI) ada banyak pelan yang Umobile tawarkan dalam UMI ni, pelan UM20, UM25, UM30, UM35, UM50 (tertakluk kepada perubahan). So , saya ambik pelan UM20, RM20 je sebulan. Bila dah cuba sebulan. Eh macam ok je. So far tempat-tempat yang saya selalu ada internet. masuk bulan ke-2 ke-3. Ape lagi nak la jugak upgrade yang GB banyak sikit rm50 .. huuhuu. Pengalaman pakai UMI ni memang so far puas hati la, sebab apa tau? sebabnya dah la murah, pastu siap pelan UMI20,UM30 dan lain-lain semua ada free call kat semua no. Umobile. Dah latu pulak free call to all network selama 60 min weh. Selalu memang gayut sejam dah habis. hew.hew. (tertakluk kepada perubahan) 

Sejak ada ipad, tak best pulak kalau takde internet bila balik rumah. Nak beli streaming internet besar yang untuk satu rumah tu macam membazir pulak sebab parent tak guna sangat internet. So terfikir nak pakai internet yang boleh bergerak kat mana-mana je. Sebab tu la sekarang ni umobile offer Mobile Wifi. Bila ada Mifi mobile boleh bawak pegi mana-mana. Bergantung pada bateri life dia. 

Ini namanya Mobile Mifi dengan kelajuan 21Mbps. Model jenama HUAWEI Mobile Wifi E5330. 

Kena jaga bateri dia. Bila bateri dah warna merah jangan terus pakai sampai habis, nanti bateri dia leak. So far, saya jaga elok-elok bateri dia tahan dalam masa lebih 12 jam. Sebelum nak tidur memang kena charge balik ye untuk kegunaan esok pulak. :) . Package internet yang saya ambil RM88 sebulan untuk 21gb. Tiada kontrak, yang dikenakan. 8 bulan pertama ada rebate rm10 so bayar rm78 je untuk 8 bulan , lepas tu bayar rm88 balik yee. huhuu. 

Ok. Bye. Sekadar perkongsian. 


No comments:

Post a Comment