Wednesday, 20 September 2017

Perkongsian Irfan Khairi: Kenapa Apa yang kita Fikirkan adalah penting?

Assalamualaikum, semoga insan-insan yang membaca atau terbaca entri berada dalam keadaan sihat sejahteranya dan sentiada dalam lindungan Allah s.w.t. 

Lewat petang tadi Ain mengikuti hasil perkongsian langsung di Facebook Irfan Khairi, Jutawan muda dalam perniagaan Internet dan tergerak untuk ain kongsikan disini bagaimana Jutawan muda tersebut capai kejayaan dengan salah satunya adalah dengan bagaimana cara kita berfikir. 

Cara kita berfikir sama ada POSITIF atau NEGATIF adalah PENTING. 

Dengan itu cara kita berfikir menentukan bagaimana diri kita yang sebenarnya. Elemen positif dan negatif adalah elemen yang telah sebati dengan diri kita, yang mana satu elemen yang menjadikannya dominan dalamnya adalah diri kita sendiri. 

Kita sentiasa dimomokkan dengan cara berfikir mindset yang sebegini 

"Si A: Macamana nak cari kerja? macamana nak cari duit? macamana nak jadikan perniagaan berjaya?

*Dengan berfikir macamana, tanpa bertindak, tidak menyelesaikan masalah, seolah2 still mencari dan tak pasti. Boleh saja kalau kita berfikir bagaimana dan macamana, tetapi jangan membiarkan diri kita lama dalam zon tersebut hingga menjadikan ia sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. 

" Si B: Alamak..tak berapa yakinla..macamana kalau tak jadi?

"Si B: Dia dah buat cara tu, kalau aku buat menjadi ke ni?

" Si C: Macammana kalau tak dapat klien? 

Ini adalah contoh mindset fikiran yang NEGATIF. Disebabkan ia adalah sebahagian elemen yang ada dalam diri kita, semakin kita praktikkan, elemen NEGATIF tersebut akan mendominasi dalam diri kita. Apa yang mendominasi dalam diri kita itulah yang reflek pada diri kita, Jika kita berfikir untuk negatif, maka negatiflah hasilnya. Jika kita berfikir untuk POSITIF, maka POSITIFlah hasilnya. 

Bahagian Paling Sukar: Jarang sekali elemen POSITIF ini sentiasa difikirkan seseorang itu kerana elemen negatif telah mendominasi dalam diri. Pastinya bukan senang untuk kita sentiasa berfikir POSITIF #allthetime, Apa yang menariknya salah satu kunci kejayaan tokoh-tokoh yang telah berjaya adalah kerana Aura Positif yang sentiasa mereka bawa. #PositifVibe orang kata. 

90% orang-orang yang berjaya tidak berfikir sama ada apa yang dia lakukan itu menjadi atau tidak, mereka tidak fikirkan bagaimana kalau mereka tidak mendapat klien dan apa kesannya nanti. Tetapi apa yang mereka akan fikirkan dan selalu fikirkan #mostOfTheTime adalah :

"Jutawan A: Saya akan Berjaya, Saya akan laksanakan strategi ini, dan perniagaan saya akan BERJAYA. 

Irfan Khairi sendiri menyatakan yang dia sendiri tak tahu bila kali terakhir dia berfikir negatif. Ini menunjukkan dia sememangnya seorang yang positif yang menjadi refleksi kepada dirinya hari ini dengan bersama kejayaan yang telah dicapai. :) 

Sekian perkongsian dari saya, topik POSITIF ini agak klise, tapi apa yang menjadikan saya ingin utarakan topik apa yang kita fikirkan melambangkan hasil pada diri kita kerana sukar untuk seseorang itu mempraktikkan minda positif dalam diri setiap masa. Secara tak langsung menjadi nota dan ingatan buat diri saya dan pembaca. 

LOL.
-msnurain



Tuesday, 19 September 2017

Belajar sikit-sikit Urus Bisnes - Newbie Entrepreneur

Assalamualaikum, 

Sejak kebelakangan ni Ain menyibukkan diri uruskan bisnes translation. Buat kerja dari rumah, tapi waktu tidur tak menentu. Mata jadi panda, siang malam buat terjemahan sampai sakit-sakit pinggang. T_T mihmih. Ada masa lapang dan bila kerja terjemahan dah siap, ada lah masa untuk rehat, buat kerja rumah, kadang-kadang je keluar untuk setelkan urusan bisnes. Untuk pengetahuan semua, nak jalankan bisnes sah disisi undang-undang banyak prosesnya. Sebagai individu yang bekerja sendiri penting daftar perniagaan di SSM (senang je ni. Daftar online pun boleh),  dan juga kena buka fail lhdn untuk akaun pendapatan perniagaan (daftar online pun dah ada sekarang ni).

    Bagi yang berniaga kecil-kecilan atau secara online pun kena daftar akaun lhdn sebagai individu yang menjalankan perniagaan.  Okay, hal ehwal daftar mendaftar ni kalau tak dibuat dari awal memang akan datangkan masalah ye kawan-kawan. Menurut kata pakar bisnes. Walaupun bisnes yang ain jalankan tak besar pun cuma buat servis terjemahan sahaja, pun perlu daftar SSM dan buka fail pendapatan di LHDN. Kalau buat tak rugi pun, malah akan menyenangkan urusan nak mohon pinjaman untuk akan datang. Maklumlah bila bekerja sendiri nanti nak beli rumah, beli kereta kenalah berdiri di atas kaki sendiri cewahh. Tak nak pakai penjamin mak ayah.

   Bila dah bukak fail lhdn nanti senang nak buat slip gaji untuk diri sendiri, baru nampak profesional berbisnes :D . Bank nak luluskan permohonan pinjaman pun kita dah mudahkan urusan bank untuk luluskan pinjaman kita nanti. InsyaAllah. Ain pun banyak kena belajar lagi, boleh dikatakan agak baru dalam setup permulaan bisnes. Hasil dari usaha menggoogle, perkara di bawah antara perkara-perkara yang ain buat untuk setelkan urusan bisnes. Nak jalankan perniagaan pun rasa tenang je :) :

Untuk uruskan bisnes secara chilex orang kata, ain lakukan perkara-perkara dibawah. Alhamdulillah semua dah setel :) 

- Daftar ssm (DONE)

- uruskan invois servis guna waveapps (CONCURRENT)

- Buat cop rasmi perniagaan (DONE)

- Buka fail lhdn (DONE)

- Buka Akaun Syarikat, Ain prefer RHB Bank sebab mudah sangat prosesnya. (DONE)

- Carum KWSP under Akaun Majikan under KWSP (DONE), bayar guna akaun syarikat hasil dari pendapatan. Sendiri cari duit, sendiri yang bayar KWSP. Struggle weh.


Bila Semua point kat atas dah settle sedikit demi sedikit ain mula beralih pada strategi perniagaan, strategi pemasaran, dah mula ada website sendiri cuma belum launch lagi. Disebabkan beberapa bulan ni #morningsickness je terpaksa layan mood yang swing tu, menjadikan kerja-kerja banyak tergendala. Tapi! No worries, sekarang I'm back on the mood.

Bisnes yang ain buat mungkin tak sama dengan usahawan-usahawan online yang biasanya menjual produk nyata. Ain lebih kepada bisnes 'digital course' dan berkemungkinan akan terjebak sebagai ejen pemasaran online. Nanti kalian dan kawan-kawan nantikan jelah bisnes ape ain buat, Inshaallah ada kelapangan ain update dari masa ke semasa.

Oh btw! Now I'm 19 weeks pregnant! :) Doakan Ain semoga dipermudahkan urusan ya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aminn. Terima kasih!

LOL.

- msnurain.

Friday, 18 November 2016

RESEPI DONUT (STEP BY STEP)


Assalamualaikum...

Semalam Ain buat kuih Donut, kira ini pertama kali mengadun doh untuk buat kuih. Saja-saja ada masa lapang nak mantapkan skill memasak sebelum nak masuk alam perkahwinan. ewahh. hihi. Resepinya ain ambil dari Group Facebook "Masak APa Hari Ini" Macam biasalah group ni memang tak pernah senyap ada je resepi yang diorang post yang menarik perhatian. Jadi, Ain nak kongsikan resepi Donut yang empuk, dan memang gebu. Langkah-langkah membuatnya senang sangat lah haih. Rugi kalau tak cuba. Tak sangka percubaan pertama buat Donut memang menjadi! Maknanya resepi ni memang gempak, sebab orang yang tak pandai masak, kalau ikut betul-betul resepi ni memang jadi punya! Percayalah cakap Ain ni, Ain pun bukan pandai masak. Skill menggugel je lebih hikk. Ok Ain nak cerita resepi dengan cara-caranya :D 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Bahan-bahan:

- Setengah peket tepung gandum
- Setengah peket Yis segera
- 2 sudu besar margerin
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu susu pekat manis
- 1 cawan air suam


1) Langkah Pertama: Sila tengok gambar di bawah :) 

Ada dua bancuhan yang perlu dibuat. macam dalam gambar di bawah. 

- Bancuhan Air Suam
- Bancuhan Air Suam, Yis, gula, garam 
(Tukar dalam bekas yang lebih besar sebab nanti bancuhan ni mengembang)


http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Bancuhan Yis yang telah mengembang

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

2) Langkah dua: Adunan Doh. Ikut sahaja cara-cara dalam gambar dibawah

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

 3) Langkah ketiga: Canai doh dalam talam atau tempah yang rata. Tekap guna tupperware bulat. Kalau guna penekap Donut lagi senang :) 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

4) Langkah keempat: Goreng sampai garing. Sedapnya makan panas-panas ni! 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Taraa! Dah pun siap!. Salut dengan gula. Pastu dah boleh hidang. 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Ada lebih doh donut tadi, teringin pulak nak buat Burger Mini. hehe

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Senang sangat buat Buger Mini. Letak sambal ikan bilis dengan timun. 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html




Monday, 14 November 2016

PERSEPSI: REZEKI KERJAYA FREELANCER

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah. Hari ini genap 4 bulan 18 hari Ain bekerja sebagai freelancer dalam bidang penterjemahan dan juga penulisan. Siapa sangka Ain boleh kerja sebagai freelancer je?. 

"Kerja dari rumah dari rumah, dapat duit?? kira kerja ke tu?" *Ada hamba Allah berkata*

Dalam hati Ain..ishh duduk planet mana lah dia ni. Tak kan tak tau perkembangan semasa. haih. Mungkin jadi freelancer bukanlah sesuatu yang hebat pada fikiran orang lain. Iyelah kerja freelancer ni mana ada gaji tetap tunggu tiap hujung atau awal bulan gaji masuk. Pada pandangan orang lain, freelancer worker, kerjanya tak tetap. duit kejap ada kejap takde. Patut la mak-mak zaman sekarang seebok suruh anak-anak kerja gomen. Asal dapat jemputan peperiksaan PTD, pegawai penerangan dan sebagainya memang kena pergi la gamaknyee T_T teheehe.. Ha. Lainlah kalau awak-awak memang bercita-cita nak jadi PTD atau government servant. :) Tapi bagi Ain kita semua kerja apa dah pun tertulis, semuanya Allah dah tentukan. Rezeki masing-masing kan? 

Bukan mudah nak jadi freelancer berjaya. Tapi dengan tahap Ain sekarang, Ain memang patut bersyukur dengan kerjaya dan pendapatan yang Ain perolehi sebagai freelancer sebagai penterjemah dan penulis bebas dengan pendapatan anggaran 2k-3k yang ain terima dalam matawang usd. Walaupun orang kata tak la kaya sangat. Tapi .. rezeki tu tetap ada dan tak putus. Nak tau rahsianya?Haa..nanti ain kongsi dalam entri lain ye? :) Ada juga kawan-kawan seangkatan ain yang masih bertatih sebagai freelancer dan inginkan pendapatan angka 2-3k. InsyAllah ain akan bantu melalui penulisan artikel pada masa lapang. 

Sebenarnya ada beberapa cara yang ain praktiskan sebagai freelancer untuk dapatkan pendapatan 2k-3k sebulan. Antaranya ain target pada klien yang verified - yang ini kena buat background check untuk elak penipuan a.k.a scammer, konsisten job, payment valid tiap-tiap bulan semuanya kena ambil kira supaya kerja yang kita buat tak sia-sia. Memang kena istighfar panjanglah gamaknya kalau terkena klien yang menipu. Kerja dah siap, kita pun dah submit kerja kat dia. Lepas tu tak reti-reti nak balas emel hmmm... T_T kan dah buat kerja percuma hmm T_T nangis kat bucu katil. tak dapat payment lah tuuu..

Ain percaya pada pepatah tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Malah, berada dalam zon selesa juga tak mendatangkan apa-apa faedah dalam hidup jika kita tak berani mencuba dan tak berani untuk melangkau dari zon selesa yang kita pijak sekarang ni. Kadang-kadang peluang dah ada depan mata, tapi kita masih teragak-agak sampailah ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk melakukannya. 

Namun, bagi Ain. tak mengapa pun kalau kita berfikiran macam tu. Dalam proses kita belajar sesuatu biar otak kita hadamkan dulu maklumat-maklumat yang kita tak tahu untuk kita mencuba sesuatu. Biar prosesnya lambat dan tidak gopoh. Biarlah orang kata kita ni lambat berjaya dari orang lain, asalkan kita selamat dari sebab dan akibat yang mungkin berlaku. 



Sekian untuk hari ni. Terima kasih awak yang sudi membaca π¨Ύπ¨Ύ

Sunday, 13 November 2016

SIMPAN DUIT DALAM SSPN-i PLUS MENANG HONDA JAZZ, TOYOTA VIOS. BETUL KE?

http://lynk.my/tGcd


Assalamualaikum semua, pada hari ahad ni ain terasa nak kongsikan kepada semua entri tentang pelaburan SSPN-i Plus Online. Anjuran tabung pendidikan inggi negara kita PTPTN. Apa yang paling menarik dalam pelaburan SSPN-i Plus Online ni, bila kita daftar dalam salah satu pakej SSPN-i Plus kita boleh menang kereta!! Alangkah bahagia dan seronoknya kalau dapat menang kan?! 

MasyAllah! Kalau menang rasa memang sujud syukur! Menang menarik cabutan bertuah SSPN-i kali ni, rugi rasanya kalau tak masuk cabutan sspn-i ni. Kalau tuan, puan, adik, kakak, abang dah baca atau ternampak entri artikel ni, lekas-lekaslah sertai cabutan bertuah sspn-i ya! Nanti menyesal pulak nak join tarikh cabutan dah lepas :D 

Ain dah pun daftar pelaburan simpanan SSPN-i Plus pada bulan lepas, sebab nanti menyesal pulak kalau tak masuk cabutan ni. Pakej pelaburan simpanan SSPN-i Plus yang ain pilih untuk daftar cabutan bertuah sudah tentu Ain pilih simpanan pelaburan yang paling rendah :). hehee 


RM30 sahaja ..
tiap-tiap bulan komitmen pun dah boleh menang kereta Honda Jazz idaman hati! hikk. Antara pakej-pakej simpanan pelaburan pendidikan yang ditawarkan 

 Pakej SSPN-i Plus Online


Terdapat 6 pakej simpanan pelaburan pendidikan yang ditawarkan, dan anda cuma perlu pilih pakej pelaburan yang sahabat semua mampu membayar, memang menarik pakej ni sebab berbentuk saving dan ada dividen pada tiap hujung tahun. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sahabat-sahabat boleh klik 

Hadiah yang boleh dimenangi melalui Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/2017 adalah seperti berikut:



untuk menang hadiah cabutan tahunan & hadiah cabutan suku tahun

Masih belum terlambat jika adik-adik, kakak, abang yang belum mendaftar SSPN-i Plus Online, masih sempat lagi nak melabur dalam pelan simpanan pendidikan ni! Cabutan suku tahun yang pertama dah terlepas, jangan sampai terlepas cabutan bertuah suku tahu kedua dan ketiga pula :D. Aishh melepas pulak kereta dengan wang sagu hati RM2000 :)) 

Friday, 11 November 2016

RINGGIT JATUH? JOM CARI KERJA DALAM USD JADI FREELANCER

Kecoh kebelakangan tahun ini dan juga baru-baru ini isu tentang kejatuhan ringgit Malaysia semakin teruk. Terutamanya semalam dan hari ini, dua hari selepas. Ada beberapa kawan ain yang terkesan dengan kejatuhan ringgit menjunam teruk. Sudahlah ringit menjunam, harga minyak pulak naik. Siapa yang tidak bimbang dengan keadaan ekonomi seperti ini. Tetapi mereka yang bekerja sebagai freelancer mungkin tidak terkesan dengan nilai kejatuhan ringgit Malaysia. Kenapa ya? 

*Masih ada yang tidak faham maksud Ringgit Malaysia lemah? Ringgit Malaysia lemah dikatakan jatuh     bemaksud nilai wang Malaysia lebih rendah dari nilai wang negara utama seperti Amerika Syarikat (A.S).  Pelancong luar negara terutamanya matawang AS beli wang negara kita dalam ringgit pada kadar yang  murah. Mata wang negara kita pula hendak pergi melancong atau menyambung pelajaran luar negara  terpaksa membeli mata wang AS pada kadar semasa yang tinggi. Senang cerita nilai mata wang rendah    maksudnya orang miskin, negara mata wang tinggi pulak orang kaya. Kita terpaksa keluarkan duit lebih    banyak untuk membeli barang negara mata wang " 

KENAPA? kerana mereka memperolehi pendapatan dalam mata wang AS$ (USD). $$$$ Menarik bukan? Siapa yang tidak mahu dibayar dalam kadar mata wang yang tinggi, apabila ditukar dalam mata wang sendiri yang lebih rendah memang lumayan hasilnya. 

http://lynk.my/E22K
Alhamdulillah, rezeki konsisten setiap bulan kerja freelance


Persoalan utamanya, bekerja sebagai freelancer itu bagaimana? dan apa maksud freelance atau freelancer

Berdasarkan definisi Google

Freelance didefinisikan sebagai bekerja dalam pelbagai syarikat, pada masa yang berbeza, berbanding bekerja dengan satu syarikat secara tetap. freelance juga sinonim dengan perkataan-perkataan seperti bekerja sendiri, berdikari, atau pun peroleh kerja secara kontrak. Namun, ianya bukanlah definisi yang tepat menggambarkan keseluruhan maksud freelance yang sebenar (Google)

Berdasarkan definisi Wikipedia

Freelancer atau 'pekerja freelance' menurut Wikipedia pula ianya didefinisikan sebagai terma yang kebiasaannya digunakan dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri (self-employed) dan tidak semestinya perlu mendedikasikan kerja kepada satu jenis pekerjaan yang tetap dan jangka panjang. 

Kalau nak cerita secara panjang lebar apakah freelance memang tidak cukup masa untuk cerita, kerana definisi freelance boleh dilihat dari pelbagai perspektif bidang yang berbeza, berdasarkan skop kerja seseorang itu. Pekerja freelance kadang-kadang mewakili syarikat atau agensi sementara yang membekalkan buruh atau pekerja kepada klien. 

Bidang, profesion dan industri-industri yang mana dinominasi oleh pekerja freelance kebanyakannya 
dalam penulisan, pengaturcaraan komputer, reka bentuk laman web, penterjemahan, illustrasi kreatif dan pelbagai bentuk hasil kerja atau karya lain yang boleh dihasilkan. Menurut laporan dalam industri freelance 2012 di Amerika Utara, separuh dari mereka yang melakukan freelance melakukan kerja dalam penulisan (wikipedia). Sementara yang lain dalam kadar peratusan yang kecil. Walaubagaimanapun, 

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perkara ini. Melalui program eRezeki High Income Apprentice (eHIA) anjuran MDEC bertujuan memupuk masyarakat untuk bekerja dalam industri freelancer. Pada masa yang sama menggunakan peluang kerja secara bijak sebagai freelancer dikala ekonomi negara dan ringgit merosot. Kerja sebagai freelance boleh dilakukan secara sepenuh masa atau sambilan. Pekerjaan dalam freelance bergantung kepada masa senggang yang anda sanggup korbankan untuk dapatkan perolehan pendapatan tinggi setiap bulan 

Melalui program erezeki High Income Apprentice diajar tentang selok-belok dunia freelance. Pokoknya di sini program eRezeki mendidik masyarakat menggunakan kemudahan internet yang pantas dan mudah didapati pada zaman moden ini. Laman web freelancer.com adalah salah satu platfom digital yang diajar untuk jana pendapatan dalam USD$ secara terperinci dan memahami bagaimana sistem jana duit wang itu berfungsi. 


http://lynk.my/E22K
Antara kerja yang klien offer dalam freelancer.com untuk projek terjemahan buku
Hasil tunjuk ajar daripada program eRezeki dalam platfom jana duit freelancer.com membuahkan hasil yang lumayan. Bila sudah dapat projek $400 usd baru percaya kan?. Saya pun pada mulanya tak percaya, tapi hasil berkat ilmu yang dipelajari mengenai freelancer, usaha mendalami ilmu, Alhamdulillah. rezeki tidak berhenti sampai disitu sahaja. 

Apa yang sahabat perlu tunggu? Jom jadi freelancer, Jom cari kerja dalam $USD. 



Thursday, 10 November 2016

AKHIRNYA KONVO, RINDU BELAJAR LAGI

Alhamdulillah, hari ahad lepas 6 Nov 2016 selesai ain berkonvokesyen bagi pengajian master ekonomi di Ukm. Tarikh tamat belajar yang sebetulnya adalah pada awal feb 2016, konvokesyen pada Nov 2016. Perkembangan Ain selepas menamatkan pengajian, Ain telah melibatkan diri dalam dunia #freelancer. Kini Alhamdulillah boleh dikatakan sebagai berjaya menjadi #freelancer sepenuh masa dengan pendapatan yang konsisten. Memang tak disangka-sangka rezeki datang dalam bentuk sebegini. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi. Bekerja sebagai #freelancer sepenuh masa membolehkan Ain kemaskini blog Ain yang terbiar lama. Barulah ada masa praktikkan dunia penulisan blog. Eh macam dah lari tajuk. Ain nak cerita tentang konvokesyen ni.

Bila diimbas kembali..beberapa tahun lepas, cubaan ain untuk dapatkan segulung Ijazah Sarjana a.k.a Master bukan sekali, tetapi dua kali. Cubaan pertama ain menyambung pengajian di UiTM Puncak Alam dalam pengajian Pengurusan Maklumat. Tak sempat satu semester dah pancit. Akibat tak pandai urus masa dengan sistematik. Tapi ..Ain tak menyesal. eh. Ade la menyesal sikit. Menyesal bukan apa. Menyesal sebab tahu Ain mampu buat yang lebih baik jika masa boleh diulang semula.

Tapi. Ain tak berhenti separuh jalan. Bagi Ain berhenti belajar master pada waktu itu bukan bermaksud ain berhenti separuh jalan. Cuma pada masa itu, keadaan tidak mengizinkan ain untuk meneruskan pengajian. Ain ambil keputusan berhenti belajar, tetapi simpan niat dan azam itu dalam hati. Mungkin lain kali, mungkin lain masa. Cuba memujuk hati. Walaupun tahu kecewa, segala usaha memohon pengajian, sia-sia duit bayar pengajian, tenaga dan masa yang dibazir begitu sahaja.

Namun. Hidup ini memang tidak lepas dari andaian ekonomi - Kos Melepas. Kadang-kadang ada perkara yang terpaksa kita korbankan demi kebaikan waktu itu. Walaupun kita rasa yang kita boleh buat lebih baik dengan dugaan dan cabaran yang melanda, percayalah yang anda telah lakukan semampu mungkin dengan kuasa anda sebagai manusia biasa. #hehe Manusia kan ada kuasa membuat keputusan, kuasa pertimbangan, kuasa berunding dan macam-macamlah kuasa yang Allah bagi sebagai manusia biasa. huhuuu..

Sekarang ...Alhamdulillah. Kiranya Ain dah berjaya tamatkan pengajian Master dalam percubaan kedua dalam bidang ekonomi.

 Err nampak poyo pulak posing jubah konvo hahaa Maaf ^^



Dua tahun bertungkus-lumus menyiapkan tesis, mengambil peperiksaan yang lari bidang dari bidang asal, terpaksa bermula dari kosong, dugaan perhubungan, makin menuntut ilmu makin rasa kerdil, dan banyak lagi yang kita tidak tahu...namun semua tu, kini telah berlalu, kita hanya perlu tempuh atau redah ia dan jangan putus asa. Benar kata orang, memang payah pada mulanya, namun akhirnya nanti kita boleh lihat sendiri kemanisan dari segala ujian, cabaran yang Allah beri. Ini baru buat Master, kalau Phd ..memang lagi besar cabarannya.